Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) kekal yakin Malaysia masih mampu membekalkan permintaan global bagi minyak sawit berikutan larangan Indonesia terhadap eksport komoditi itu bermula Khamis.<br /><br />Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata industri tempatan boleh meningkatkan pengeluaran dan produktiviti minyak sawit kerana pintu sempadan sudah dibuka semula dan buruh asing mula masuk secara beransur-ansur.